Sunday, December 15, 2013

SATU NYAWA

sedang atmosfera yang dulunya tebal kini menipis
sedang air di bumi dulunya banyak kian habis
sedang tanah tinggi juga terhakis
apa lagi kau nak harap dalam hayat ini?
semuanya pasti pergi
dan yang pergi
lazimnya tak kembali
dan yang kembali
tak seperti dulu lagi
hidup ini jalan ke depan
toleh ke belakang
senyum
jalan semula ke depan
masa lalu mungkin takkan terlupakan
tinggalkan kesan
kalau kelahiran semula itu wujud
mungkin kesannya ada
biarpun pada kelahiran kedua dan ketiga
tapi kita manusia biasa
yang cuma punya satu nyawa
tak ada kelahiran semula
toleh belakang itu kita
jalan ke depan juga kita
dalam satu nyawa yang ada
hiduplah kau dengan bermakna

INI RUMAH KITA

ini rumah kita
pandailah kita menjaganya
ini rumah kita
kenapa kau nak atur segalanya?
ini rumah kita
tahulah kita lindungi ia
ini rumah kita
rumah ini ada daulatnya
ini rumah kita 
bukan nak mendabik dada
tapi!
memang ini rumah kita!
kau siapa?
kau siapa?
hanya sebagai tetamu
kenyang aku jamu
kau tikam belakang aku!
kau boleh ambil semuanya
tapi kerana
rumah ini
rumah kita
sekali kau gegarkan tiangnya
seluruh alam akan bergema

BAHAGIA

kau iri lihat orang lain bahagia?
kemudian tertanya tanya
kenapa bukan aku sebahagian dari mereka?
kenapa bukan aku yang bahagia?
kenapa? kenapa?
untuk apa Tuhan cipta bahagia
kalau bukan untuk semua
untuk apa Tuhan cipta bahagia
kalau hanya sebahagian yang merasa
untuk apa Tuhan cipta bahagia
kalau datangkan dengki di hati manusia
untuk apa?
sebenarnya bahagia kita tak sama
kau kaya
kau bahagia
kau tak punya harta
kau masih bahagia
kau sebatang kara
tetap kau bahagia
ya. bahagia kita tak sama
kenapa? 
sebab Tuhan mahu kau mengerti
memahami dan mensyukuri
nikmat yang Dia beri
bukan iri
bukan dengki
bukan benci

Monday, December 2, 2013

SAYANG


kasih sayang..
bila kurang
jadi benci
bila lebih
makan diri
 tak ada
engkau cari
depan mata
tolak tepi
orang punya 
kau iri
engkau punya?
tengah cari..


PERGI

baru saja dia pergi
ada ratap sedih
ada hanya sengih
hilang satu nyawa
hilang seribu tawa
baru saja mereka pergi
ada ratap sedih
ada hanya sengih
beribu nyawa melayang
tapi sayang
tawa kita tak pernah hilang