Tapi... Tuhan datangkan ujian dalam hidup ini supaya kita sedar yang hidup ini lebih besar daripada asyik memikirkan kepentingan diri sendiri. Dan antara hakikat paling besar yang Tuhan nak kau sedar ialah kenapa manusia tu selalunya jalan bersama sama dan bukan sendiri? Sebab manusia lebih bahagia kalau ada orang yang bersamanya untuk saling berkongsi dan menumpang bahu saat suka dan duka. Sebab itu ada "kita".
"Misi kali ni tak boleh ada yang gagal. Aku nak kau jaga partner kau. Kau tahukan gagal bererti mati?", ujar Boss seakan mengugut sambil menepuk-nepuk belakang bahuku. Entah ini satu arahan atau ugutan aku sendiri sedang memikirkan nasib kami dalam misi kali ini. Tak boleh gagal atau... Mati. Mati. Mati. Bukan aku kisah sangat pasal mati sebab setiap misi yang aku lakukan semua risikonya adalah mati. Kenapa baru sekarang Boss nak ingatkan pasal mati? Persetan! Yang penting aku dan Anne kena jalankan misi ini secara profesional. Eh? Selama ni pun memang aku memang profesional apa. Kalau tak menitikberatkan profesionalisme mustahil aku masih hidup sampai hari ni. Tapi bukan hidup mati jodoh ajal pertemuan semua urusan Tuhan? Kahkah. Masih juga aku bicara pasal Tuhan sedang kerjaya aku seolah-olah akulah Tuhan yang menentukan hidup mati orang lain. Ayat tadi aku selalu jumpa dekat status Facebook semasa scroll timeline. Selalunya yang menulis begitu gara-gara cinta ditolak. Ataupun orang dah putus harapan tapi nak sedapkan hati. Dengan berharap agar ada harapan baru Tuhan kirimkan untuk hari esok yang lebih baik. Cehhhhhh. Kalau sedih-sedih pergi berdoa atas tikar sejadah lepas solat tak boleh ke? Kau ingat kalau luahan kau dapat 100 "like" pun boleh jamin ke kau dapat ketenangan. Tahi kucing. Doa tempatnya dalam hati. Apasal aku sembang serupa ustaz Facebook ni? Natang.
Bersambung....................